Penerimaan Bridge of Spies (filem)

Box office

Setakat 28 Januari 2016, Bridge of Spies mengutip $71.7 juta di Amerika Utara dan $89.2 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $160.9 juta berbanding bajet produksi sebanyak $40 juta.[5]

Penerimaan kritis

Bridge of Spies menerima ulasan positif. Di Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 91%, berdasarkan 242 ulasan dengan purata rating 7.8/10.[21] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 81 daripada 100 berdasarkan 48 pengkritik, menunjukkan "penerimaan meluas".[22] Di CinemaScore, penonton memberikan filem ini purata gred "A" atas skala A+ ke F.[23]

Anugerah

Bridge of Spies menerima satu pencalonan Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk Rylance. Di Anugerah Filem Akademi British, filem ini menerima sembilan pencalonan dan berjaya memenangi satu, Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Pembantu untuk Rylance. Di Anugerah Akademi ke-88, filem ini menerima enam pencalonan termasuk Filem Terbaik. Mark Rylance berjaya memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Rujukan

WikiPedia: Bridge of Spies (filem) http://www.appeal-democrat.com/news/action-spielbe... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=coldwar201... http://bridgeofspies.com/ http://deadline.com/2014/08/participant-dreamworks... http://deadline.com/2015/09/new-york-film-festival... http://deadline.com/2015/10/goosebumps-bridge-of-s... http://insidemovies.ew.com/2014/06/16/steven-spiel... http://www.ew.com/article/2015/03/18/steven-spielb... http://www.historyvshollywood.com/reelfaces/bridge... http://www.hollywoodreporter.com/news/box-office-p...